Jom Belajar Hadith...
Kenalkah kita kepada Imam an Nawawi? Atau kita lebih banyak mengenali ikon-ikon penghibur yang akan ‘membantu’ kita untuk lebih mudah terseksa di akhirat nanti...cukup-cukuplah tu dengan ntah sapa-sapa yang sudah kita kenal. Mari kita kenal pula dengan ahli-ahli syurga..
Kata guru kepada ustaz Zahazan Muhamad, kalaulah Albert Einstein yang dikatakan genuis itu nak dibandingkan dengan Imam Nawawi..takkan sampai 1% sahaja kecerdikannya daripada kecerdikan ilmu Imam Nawawi...kita?
Itu Imam Nawawi yang lahir pada tahun 600M, bagaimana pula dengan para Salafus Salih, Sahabat Nabi? Yang bersama-sama hidup susah senang bersama nabi? Tentunya golongan ini lebih hebat dan siapalah kita untuk menjadikan mereka sebagai kayu ukur..
Penulisan ini bukanlah sesuatu yang akan menerangkan dengan terperinci tentang hadith. Kerana ana hanyalah insan yang daif dengan ilmu agama hanya bergantung harap dengan sedikit kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk berdamping dengan majlis ilmu.
Antara kitab-kitab Imam Nawawi yang menjadi rujukan seantero dunia ialah Hadith Arbaeein atau lebih dikenali dengan hadis 40 di negara rumpun bangsa Melayu. Kitab ini menghimpunkan hadith-hadith yang merangkumi pelbagai ruang lingkup kehidupan seorang yang bergelar Islam. Antaranya persoalan akidah, amal perbuatan dan akhlak yang mejadi tunjang utama keperadaban Islam.
Hadith yang ke 8 dalam susunan Imam Nawawi (kita try approach guna bahasa omputeh..hehehe)
Note: sebenarnya kita tak dapat dinafikan bahawa bahasa Arab dan Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu..
On the authority of Abdullah ibn Umar (may Allah be pleased with him), that the Messenger of
Allah (peace and blessings of Allah be upon him) said:
‘I have been ordered to fight against the people until they testify that there is none
worthy of worship except Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, and
until they establish the salah and pay the zakat. And if they do that then they will have
gained protection from me for their lives and property, unless [they commit acts that
are punishable] in Islam, and their reckoning will be with Allah.’
It was related by al-Bukhari and Muslim.
Lihatlah betapa directnya bahasa ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris..bukan nak mengagungkan bahasa penjajah tanah Melayu, tapi itulah sebenarnya ‘approach’ yang dibawa oleh Nabi kita. Ringkas, padat, tepat, komprehensif dan mudah difahami...Tiada kiasan yang berbunga...
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
‘Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggan dia mengaku bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mereka mendirikan solat, mengeluarkan Zakat, dan apabila yang demikian telah dilakukan, maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka kecuali untuk hak-hak Islam yang lain, dan perhitungan amalan itu terserahlah kepada Allah Taala.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Penjelasan Ringkas:
- Persoalan Akidah ketuhanan adalah perkara penting yang tiada kompromi bagi mempercayainya
- Persaksian KeEsaan Allah mestilah disertai dengan kata-kata(syhadah) yang putus/muktamad/jazam (yakin100% menurut Tuan Guru saya di Perak dahulu Ustaz Tarmizi), membenarkan dengan hati dan disusuli dengan ketundukan pada amalan
- Kewajipan Nabi adalah untuk menyampaikan dakwah kepada umatnya
- Nabi adalah seumpama lampu yang menerangi kegelapan malam
- Kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum keikhlasan seseorang. Ini kerana penerimaan suatu amalan itu adalah mutlak milik Allah Taala.
- Hukuman orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, dan disepakati oleh Iman As-Shafie, mereka boleh dibunuh! (...Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menunaikan solat dengan sempurna sepertimana Nabimu bersolat...)
- Ada setengah ulama berpendapat memerangi disini bermaksud mengajarkan
Persoalan?
Kenapa Puasa, dan Haji tidak dimasukkan?
...ilal liqa'...
Penulisan ini adalah didasarkan daripada Kuliah Mingguan Ustaz Anowar Sarimin di Masjid Al-JAWAhir Mutiara Rini...12 Jamadil Ula 1431 dengan sedikit touch up mengikut pemahaman penulis yang jahil.
Ada istilah millionaire,malah ada juga istilah billionaire (....trillionaire??) dan entah apa lagi istilah -aire yang lain.Namun yang membezakan hanyalah bilangan (banyaknya) angka kosong bg setiap istilah.Tapi sekiranya tanpa angka 1 di depannya,biar byk manapun angka kosong,yang kosong hanya tinggal kosong.good start bro ibnu haron!!! Langkah pertama (1) telah di hayun,maka teruskanlah melangkah bagi mengisi ruang ruang yang kosong.Isilah/susunlah berapa byk kosong pun yang ada bagi mengiringi langkah pertama (1) itu.Sesungguhnya khazanah Allah itu tidak terhitung banyaknya.
ReplyDelete