Thursday, December 9, 2010

graf..



...Graf...
Pernah tak kita terfikir kenapa terkadang kita rasa kita ingin buat baik, rajin pergi masjid, dengar ceramah sana sini, sedekah tak miss, rasa macam nak jadi baik sangat je...kita jadi minat beli buku-buku ilmiah, boleh lepak di kedai kitab tu berjam-jam lamanya hanya untuk membelek-belek buku yang berbagai-bagai tu...kita pun suka tengok kebaikan, melihat semua perkara dengan penuh hikmah, tanpa keluh kesah, segala ucap kata kita indah terungkap dengan cahaya iman..

tapi mengapa terkadang tu kita rasa malas, culas, letih (buat-buat letih sebenarnya..), create excuse yang bukan-bukan, mengeluh sana sini, ada saja yang tak cukup dan yang lebih parah lagi kalau nafsu ammarah menyuasai kita dan kita tergerak nak buat maksiat,dosa dan lain-lain yang seumpama dengannya...

Tika itu hati berkata, “ apa dah jadi pada aku ni? Adakah iman telah lenyap dari dalam diriku? Adakah aku seorang munafiq? Berpura-pura dalam melakukan kebaikan, tetapi bila badai nafsu datang melanda, aku lemas bagaikan kapal yang hilang kemudinya...Arh! what happended to myself? Hati meronta minta kepastian.. (gerak hati inilah yang membuktikan yang kita masih ada iman!)

Adakah ini normal? Atau adakah ini gangguan Syaitan yang takkan berhenti ingin menyesatkan anak Adam? Adakah kita tewas dalam peperangan melawan nafsu? Atau kita yang tidak benar-benar berjuang melawan hawa nafsu kita? Membiarkan sahaja ia menguasai kita...

Menurut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah...iman tu boleh naik dan turun...macam graf la pulak...tapi itulah hakikatnya...


Graf_Iman(%) Vs Time - Mari mentafsir graf diri

Sejak dari zaman persekolahan kita telah diajar untuk mentafsir graf kan? Pelbagai graf kita dah pernah tafsir. Kekadang tu cikgu minta 80 perkataan sahaja, tapi kita tafsir sampai berjela-jela. Graf jualan keretalah, jualan bukulah, jumlah pendapatan negaralah dan macam-macam lagi.

Tapi pernah tak kita buat graf Iman Vs Masa? Menarik bukan? Ini boleh dijadikan tajuk untuk soalan SPM nie. Kalau tak untuk subject bahasa Malayu pun untuk subjek Pendidikan Islam pun ok jugak...

(Atas sebab-sebab teknikal, graf tidak dapat diupload). Walau bagaimanapun saudara saudari yang pijak pandai pasti boleh membayangkan rupa bentuk graf ini. Graf ini sebenarnya memerlukan keikhlasan diri untuk ditafsirkan. Perlu ada benchmark yang perlu dijadikan guideline.

Sememangnya amalan kita ini sentiasa ada turun naiknya. Ada kalanya pasang, ada kalanya surut... Secara lumrahnya apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, kita akan berpusu-pusu ke masjid. Sana-sini tiada kawasan parking untuk ke masjid bila waktu tarawih. Tapi bila Syawal menjelma, kawasan parking boleh jadi padang futsal! Masjid jadi lengang semula sepertimana 11 bulan sebelum Ramadhan..(merujuk kepada kebanyakan kes..tidak semua masjid)

Tapi apa yang lebih penting adalah bagaimana kita bertindak atau action plan kita..adakah setelah kita tahu graf kita merudum, kita masih lena diulit mimpi indah ataupun kita bingkas bangun mengupgradekan diri kita kepada yang lebih baik...kerana sesungguhnya Allah Taala suka kepada manusia yang sentiasa bertaubat diatas dosa-dosanya.

Begitu juga kalau graf kita meningkat, kerana orang-orang yang wara’ pada zaman Nabi, tabi’in, dan tabii tabi’in tidak pernah merasakan dirinya tinggi disisi Allah yang Maha Esa. Semakin tinggi graf mereka semakin mereka down to earth. (merendah diri). Benarlah kata pepatah melayu, “ikutlah resmi padi”. Allahu a’lam.

Wednesday, April 28, 2010

hadith 1

Jom Belajar Hadith...

Kenalkah kita kepada Imam an Nawawi? Atau kita lebih banyak mengenali ikon-ikon penghibur yang akan ‘membantu’ kita untuk lebih mudah terseksa di akhirat nanti...cukup-cukuplah tu dengan ntah sapa-sapa yang sudah kita kenal. Mari kita kenal pula dengan ahli-ahli syurga..

Kata guru kepada ustaz Zahazan Muhamad, kalaulah Albert Einstein yang dikatakan genuis itu nak dibandingkan dengan Imam Nawawi..takkan sampai 1% sahaja kecerdikannya daripada kecerdikan ilmu Imam Nawawi...kita?

Itu Imam Nawawi yang lahir pada tahun 600M, bagaimana pula dengan para Salafus Salih, Sahabat Nabi? Yang bersama-sama hidup susah senang bersama nabi? Tentunya golongan ini lebih hebat dan siapalah kita untuk menjadikan mereka sebagai kayu ukur..

Penulisan ini bukanlah sesuatu yang akan menerangkan dengan terperinci tentang hadith. Kerana ana hanyalah insan yang daif dengan ilmu agama hanya bergantung harap dengan sedikit kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk berdamping dengan majlis ilmu.

Antara kitab-kitab Imam Nawawi yang menjadi rujukan seantero dunia ialah Hadith Arbaeein atau lebih dikenali dengan hadis 40 di negara rumpun bangsa Melayu. Kitab ini menghimpunkan hadith-hadith yang merangkumi pelbagai ruang lingkup kehidupan seorang yang bergelar Islam. Antaranya persoalan akidah, amal perbuatan dan akhlak yang mejadi tunjang utama keperadaban Islam.

Hadith yang ke 8 dalam susunan Imam Nawawi (kita try approach guna bahasa omputeh..hehehe)

Note: sebenarnya kita tak dapat dinafikan bahawa bahasa Arab dan Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu..

On the authority of Abdullah ibn Umar (may Allah be pleased with him), that the Messenger of

Allah (peace and blessings of Allah be upon him) said:

‘I have been ordered to fight against the people until they testify that there is none

worthy of worship except Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, and

until they establish the salah and pay the zakat. And if they do that then they will have

gained protection from me for their lives and property, unless [they commit acts that

are punishable] in Islam, and their reckoning will be with Allah.’

It was related by al-Bukhari and Muslim.

Lihatlah betapa directnya bahasa ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris..bukan nak mengagungkan bahasa penjajah tanah Melayu, tapi itulah sebenarnya ‘approach’ yang dibawa oleh Nabi kita. Ringkas, padat, tepat, komprehensif dan mudah difahami...Tiada kiasan yang berbunga...

Maksudnya:

Daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

‘Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggan dia mengaku bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mereka mendirikan solat, mengeluarkan Zakat, dan apabila yang demikian telah dilakukan, maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka kecuali untuk hak-hak Islam yang lain, dan perhitungan amalan itu terserahlah kepada Allah Taala.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Penjelasan Ringkas:

- Persoalan Akidah ketuhanan adalah perkara penting yang tiada kompromi bagi mempercayainya

- Persaksian KeEsaan Allah mestilah disertai dengan kata-kata(syhadah) yang putus/muktamad/jazam (yakin100% menurut Tuan Guru saya di Perak dahulu Ustaz Tarmizi), membenarkan dengan hati dan disusuli dengan ketundukan pada amalan

- Kewajipan Nabi adalah untuk menyampaikan dakwah kepada umatnya

- Nabi adalah seumpama lampu yang menerangi kegelapan malam

- Kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum keikhlasan seseorang. Ini kerana penerimaan suatu amalan itu adalah mutlak milik Allah Taala.

- Hukuman orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, dan disepakati oleh Iman As-Shafie, mereka boleh dibunuh! (...Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menunaikan solat dengan sempurna sepertimana Nabimu bersolat...)

- Ada setengah ulama berpendapat memerangi disini bermaksud mengajarkan

Persoalan?

Kenapa Puasa, dan Haji tidak dimasukkan?


...ilal liqa'...

..barakallahu fi kum...

Penulisan ini adalah didasarkan daripada Kuliah Mingguan Ustaz Anowar Sarimin di Masjid Al-JAWAhir Mutiara Rini...12 Jamadil Ula 1431 dengan sedikit touch up mengikut pemahaman penulis yang jahil.

Monday, April 26, 2010

tombo ati...


Tombo Ati iku limo perkorone Kaping pisan moco Qur’an lan maknane Kaping pindo sholat wengi lakonono Kaping telu wong kang sholeh kumpulono Kaping papat kudu weteng ingkang luwe Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Renungilah bait-bait lirik diatas yang dipetik daripada hadis Nabi yang sahih...

Sejauh manakah saya dan anda mampu untuk 'mengubati' hati kita...



Nasihat iman...

Assalamualaikum...

Blog ini diterbitkan untuk menjadi nasihat/ingatan/pengajaran yang berguna kepada saya yang jahil...